Thursday, March 31, 2011

teks pengacara majlis: majlis anugerah kecemerlangan smk tungku


TEKS JURUACARA
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH 2010
DAN MESYUARAT AGUNG PIBG SMK TUNGKU
KALI KE-3 TAHUN 2011

MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG DI PERTUA PIBG SMK TUNGKU, ENCIK SABTU BIN SOSULAN, DIIRINGI OLEH EN. NG KIM CHOY, PENGETUA SMK TUNGKU DAN GURU-GURU PENOLONG KANAN.

MAJLIS DENGAN PENUH RASA TAKZIMNYA MENJEMPUT SEMUA HADIRIN, GURU DAN PELAJAR UNTUK SAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU. MAJLIS MEMPERSILAKAN.

MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS NYANYIAN SEBENTAR TADI.

PARA HADIRIN DIPERSILAKAN DUDUK.
 

KE PEKAN KUALA MEMBELI BINGKA,
SAYANG PESANAN TERLUPA SUDAH;
SALAM BERMULA TIRAI DIBUKA,
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH.

YANG BERBAHAGIA ENCIK SABTU BIN SOSULAN, YANG DI PERTUA PIBG SMK TUNGKU,
YANG BERUSAHA ENCIK NG KIM CHOY, PENGETUA SMK TUNGKU,
YANG DIHORMATI DOKTOR ZARINA BINTI SHAIKH MOHAMMAD DAUD,
………………………………………………., WAKIL SYARIKAT NORLIN ENTERPRISE,
ENCIK YUNUS BIN GUDABAS, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN,
USTAZ NAZRI BIN NAZWIR, PENOLONG KANAN HEM,
PUAN HAFIZAH BINTI JARANEE, PENOLONG KANAN KOKURIKULUM,
ENCIK RAMLI BIN SUKURANI, PENOLONG KANAN PETANG,
KETUA-KETUA BIDANG, GURU-GURU, AJK PIBG SESI 2010, PARA IBU BAPA, PARA PENERIMA ANUGERAH, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN.

ASSALAMUALAIKUM W.T.H DAN SALAM SATU MALAYSIA

ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA MAKA DAPATLAH KITA SAMA-SAMA MENGHADIRKAN DIRI KE MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH 2010 DAN MESYUARAT AGUNG PIBG SMK TUNGKU KALI KE-3 TAHUN 2011. KAMI WARGA SEKOLAH SMK TUNGKU MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN KE MAJLIS INI.




BACAAN DOA
BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS, DENGAN  INI  DIJEMPUT USTAZ RAZALI IBRAHIM UNTUK MEMIMPIN BACAAN DOA. MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

-DOA-

AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN. MAJLIS MERAKAMKAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ RAZALI IBRAHIM ATAS BACAAN DOA ITU TADI. SEMOGA DENGAN BACAAN DOA ITU TADI, MAJLIS KITA AKAN BERJALAN DENGAN LANCAR SERTA DILINDUNGI OLEH ALLAH S.W.T.

HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN.

MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA ENCIK NG KIM CHOY, PENGETUA SMK TUNGKU, UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN BELIAU. MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

-UCAPAN PENGETUA-

MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN PENGETUA DI ATAS UCAPAN ITU TADI.


JANGAN TERTAWAN ALPA DUNIAWI,
HANYA INDAH SERUPA MIMPI;
DUHAI PAHLAWAN KSATRIA PERTIWI,
HULURKAN MADAH KATA PERASMI.

SETERUSNYA MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIMNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN ENCIK SABTU BIN SOSULAN, YANG DI PERTUA PIBG SMK TUNGKU UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH 2010 DAN MESYUARAT AGUNG PIBG SMK TUNGKU KALI KE-3 TAHUN 2011. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

-UCAPAN PERASMIAN-

MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA ENCIK SABTU BIN SOSULAN ATAS UCAPAN PERASMIAN ITU TADI. SEMOGA APA YANG TELAH BELIAU SAMPAIKAN SEBENTAR TADI AKAN MENJADI PANDUAN KEPADA KITA SEMUA.






PENYAMPAIAN ANUGERAH
HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN.

MAJLIS AKAN DITERUSKAN LAGI DENGAN UPACARA PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PMR, SPM DAN STPM TAHUN 2010.

BAGI MENYEMPURNAKAN MAJLIS, DENGAN SUKACITANYA DIJEMPUT PENOLONG KANAN KOKURIKULUM, PUAN HAFIZAH BINTI JARANEE, MENGIRINGI YANG BERBAHAGIA DOKTOR ZARINA BINTI SHAIKH MOHAMMAD DAUD, UNTUK MENYAMPAIKAN ANUGERAH KECEMRLANGAN PMR 2010 KEPADA PARA PENERIMA ANUGERAH. MAJLIS MEMPERSILAKAN.
BERIKUT DIJEMPUT MURID-MURID CEMERLANG PMR 2010 BAGI MENERIMA ANUGERAH.

1-15

MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA DOKTOR ZARINA BINTI SHAIKH MOHAMMAD DAUD, DI ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PARA PENERIMA ANUGERAH.


MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN MENJEMPUT USTAZ NAZRI BIN NAZWIR, PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID BAGI MENGIRINGI YANG BERBAHAGIA ENCIK SABTU BIN SOSULAN, YANG DI PERTUA PIBG SMK TUNGKU UNTUK MENYAMPAIKAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2010 KEPADA PARA PENERIMA ANUGERAH. MAJLIS MEMPERSILAKAN.

BERIKUT DIJEMPUT MURID-MURID CEMERLANG SPM 2010 BAGI MENERIMA ANUGERAH.

1-13

MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA YANG BERBAHAGIA ENCIK SABTU BIN SOSULAN, DI ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PARA PENERIMA ANUGERAH.
   
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT EN YUNUS BIN GUDABAS, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN BAGI MENGIRINGI YANG BERUSAHA EN. NG KIM CHOY, PENGETUA SMK TUNGKU UNTUK MENYAMPAIKAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM DAN STPM 2010 KEPADA PARA PENERIMA ANUGERAH.DIPERSILAKAN.

BERIKUT DIJEMPUT MURID-MURID CEMERLANG SPM 2010 BAGI MENERIMA ANUGERAH.

14-24

SETERUSNYA DIJEMPUT MURID-MURID CEMERLANG STPM 2010 BAGI MENERIMA ANUGERAH.

25-26
SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DARIPADA PIHAK SEKOLAH, DIJEMPUT EXCO-EXCO PIBG SESI 2009/2010 BAGI MENERIMA SIJIL PENGHARGAAN. MENDAHULUI SENARAI
(1)   EN. SABTU BIN SOSULAN (KG NALA)
(2)   EN. ABU HARIS BIN MASAHUDDIN (FELDA SAHABAT 2)
(3)   EN. MOHAMMAD BIN JALILUL (SMK TUNGKU)
(4)   PN. SOPHIA BINTI SARIF SAIDI (SMK TUNGKU)
(5)   PN. MUTIASYABIHA BT HAMDAN (SMK TUNGKU)
(6)   EN. HAJI ABDUL KAYUM (KG SRI HAK)
(7)   PN. SITI EMAS BT BUKA (SMK TUNGKU)
(8)   EN. SALAIKAI BIN TABUG (ULU TEMBURI)
(9)   EN. KOSLIN BIN NORDIN (KG TELISAI)
(10)  PN. KASNAH ADIN (FELDA)
(11)  EN. KK WAHAB (KG DENGAN)
(12)  EN. MAKBUL (KG TELIBAS)
(13)  EN. MUJAD (KG MEMBATU)
(14)  EN. RAVI VELLEN (SMK TUNGKU)
(15)  PN. HAFIZAH BT JARANEE (SMK TUNGKU)
(16)  USTAZ NAZRI NAZWIR (SMK TUNGKU)
(17)  EN. SABRI BIN CHE SEMAN (SMK TUNGKU)

SEBAGAI TANDA TERIMA KASIH DIATAS SUMBANGAN KEPADA PIHAK SEKOLAH, MAJLIS DENGAN PENUH RASA TAKZIMNYA MENJEMPUT DOKTOR ZARINA BINTI SHAIKH MOHAMMAD DAUD UNTUK MENERIMA SIJIL PENGHARGAAN DARIPADA PIHAK SEKOLAH.MAJLIS MEMPERSILAKAN.

MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN PENGETUA KERANA TELAH SUDI MENYAMPAIKAN CENDERAHATI ITU TADI.

MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN PEMBENTANGAN PENCAPAIAN PMR, SPM DAN STPM TAHUN 2010 OLEH ENCIK MOHAMAD SHAIFUL LIZAM BIN MOHD NOR, KETUA BIDANG SAINS DAN MATEMATIK SMK TUNGKU. DIPERSILAKAN.

-PEMBENTANGAN-

TERIMA KASIH KEPADA ENCIK MOHAMAD SHAIFUL LIZAM BIN MOHD NOR ATAS PEMBENTANGAN ITU TADI.







TERBANG SEKAWAN SI BURUNG MERBUK,
BATANG SELASIH DI TANJUNG DARA;
PADAMU TUAN KAMI PERSEMBAH,
SANTAPAN KASIH JUADAH MESRA.

DENGAN INI MAJLIS MENJEMPUT PARA HADIRIN UNTUK MENJAMU SELERA YANG TELAH DISEDIAKAN.

PARA HADIRIN,
SAMBIL KITA MENJAMU SELERA, KITA AKAN DIHIBURKAN DENGAN GEMERSIK ALUNAN SUARA KUMPULAN NASYID NUR IMAN YANG AKAN MENYAMPAIKAN SEBUAH LAGU YANG BERTAJUK RASAI KEHEBATAN TUHAN.
UNTUK PENGETAHUAN HADIRIN, KUMPULAN NASYID INI TELAH MEMENANGI TEMPAT KEDUA DALAM PERTANDINGAN NASYID PADA MAJLIS TILAWAH AL-QURAN 2011 PERINGKAT DAERAH YANG BERLANGSUNG DI SMK DESA KENCANA. MAJLIS MEMPERSILAKAN.

-JAMUAN MAKAN-



AGENDA SETERUSNYA IALAH MESYUARAT AGUNG PIBG SMK TUNGKU KALI KE-3 TAHUN 2011. DENGAN INI SAYA MENYERAHKAN MAJLIS KEPADA URUSETIA MESYUARAT AGUNG PIBG UNTUK MENERUSKAN MAJLIS. DIPERSILAKAN.

-MESYUARAT PIBG –

SEBELUM KITA AKHIRI MAJLIS KITA PADA HARI INI, SAYA MEWAKILI BARISAN JAWATANKUASA PELAKSANA MAJLIS MEMOHON MAAF SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG KESILAPAN SEPANJANG BERLANGSUNGNYA MAJLIS INI. JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR MEMERIAHKAN MAJLIS. SEBELUM BERPISAH, TERIMALAH SERANGKAP PANTUN DARIPADA KAMI

DI ATAS DAHAN BURUNG TEMPUA,
MELIHAT RUSA TEPI PERIGI;
SALAM PERPISAHAN UNTUK SEMUA,
DILAIN MASA BERSUA LAGI.

SEKIAN WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WTH DAN SALAM PERPADUAN.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment